Tentang Kami

Misi

Memastikan setiap pelanggan mendapat konsultansi sebaiknya setelah laporan kewangan di siapkan dan memupuk supaya pemilik membangunkan bahagian akaun dalam syarikat yang di usahakan.

Visi

Menjadi sebuah firma yang mampu bantu usahawan menggunakan laporan kewangan sebagai “tool” dalam menguruskan perniagaan anda.

ECOACH PARTNERS terhasil dari beberapa gabungan falsafah di dalamnya iaitu untuk huruf E di mana ianya selari dengan era sekarang semuanya telah bergerak kearah digital. Huruf E simbolik kepada era digital yang mana manusia berhubung tanpa sempadan begitu juga aktiviti dagangan.

COACH, kita percaya ada sesetengah perkara perlukan guru atau mentor untuk beri garis panduan. Proses pembelajaran dan pelaksanaan serta kejayaan akan lebih cepat dengan bantuan orang yang lebih berpengalaman terutamanya dalam bidang tertentu dan yang memang ahli dalam bidang berkenaan.

PARTNERS kami percaya kejayaan adalah hasil gabungan dan gerak kerja berpasukan. Jadi dengan adanya ahli pasukan kerja-kerja yang di lakukan akan lebih lancar dan dengan konsep berkongsi rezeki, semua ahli dapat merasa dan hasilnya akan lebih lagi akan di perolehi.

Close Menu