Pematuhan

(Tanggungjawab Di Bawah Akta Syarikat 2016)

1.0 NAMA DAN NOMBOR PENDAFTARAN SYARIKAT

Perlulah jelas di nyatakan di dalam dokumen rasmi syarikat seperti surat menyurat, invois, penyata kewangan, tempat perniagaan, boucer bayaran dan dalam era sekarang kebanyakan usahawan mengunakan media sosial untuk menjalankan perniagaan, jadi harus lah mempamerkannya di media sosial yang di gunakan.

2.0 PEJABAT BERDAFTAR

Adalah terdiri dari alamat rasmi perantara yang di gunakan oleh syarikat selain dari alamat perniagaan iaitu kebiasaannya adalah alamat setiausaha syarikat untuk berhubung dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta lain-lain agensi terutamanya seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam Di Raja Malaysia dan lain-lain. Pihak kerajaan dan agensi berkongsi maklumat dan maklumat yang di kongsi untuk alamat rasmi adalah menggunakan alamat pejabat berdaftar.

3.0 PERLANTIKAN SETIAUSAHA SYARIKAT

Syarikat perlu melantik Setiausaha Syarikat dalam masa 30 hari selepas di daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia

4.0 DOKUMEN PERLU DI SIMPAN DI PEJABAT BERDAFTAR

Perlu di simpan dokumen tertentu di pejabat berdaftar, ada yang dalam bentuk Salinan, ada yang asal. Semakan dokumen akan di buat oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia dari masa ke semasa. Dokumen yang di simpan harus selari dengan yang di daftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

5.0 REKOD PERAKAUNAN LENGKAP

Berdasarkan dokumen transaksi perniagaan pihak syarikat harus menyediakan laporan lengkap perakaunan dan menyimpan segala dokumen berkenaan sekurang-kurangnya 7 tahun. Laporan perakaunan berkenaan di sediakan berdasarkan piawaian dan garis panduan yang telah di tetapkan.

6.0 PROSES AUDIT

Selepas laporan perakaunan di sediakan, segala dokumen dan laporan di serahkan kepada pihak Juruaudit untuk teruskan proses audit. Data-data yang di sediakan perlulah di sahkan oleh pihak juruaudit sebelum ianya di serah simpan kepada pihak SSM dan sebagainya. Ianya juga perlu di serah simpan berdasarkan tempoh tertentu yang telah di tetapkan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Lembaga hasil Dalam Negeri. Sila rujuk setiausaha syarikat untuk garis panduan yang lebih terperinci.

7.0 PENYATA TAHUNAN

Penyata ini berbentuk deklarasi syarikat dan maklumat terkini syarikat kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ianya amat penting tetapi sering di abaikan oleh pihak syarikat. Penalti yang di kenakan sangat tinggi sekiranya tidak di serah simpan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat.

8.0 LAIN-LAIN PEMATUHAN

Terdapat beberapa yang saling berkait dengan syarikat seperti urusan percukaian, sekiranya mempunyai pekerja urusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP )dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) . Untuk urusan percukaian syarikat perlu mendaftar dan menyerah simpan dan mengisytiharkan pendapatan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN ). Begitu juga dengan KWSP dan PERKESO perlu daftar dan serah simpan. Lebih perincian di laman sesawang agensi masing-masing dan dapatkan khidmat nasihat kami untuk panduan yang lebih komprehensif.

Harus diingat dari masa ke semasa terdapat perubuhan yang akan berlaku seiring dengan polisi yang di jalankan oleh kerajaan Malaysia. Sila dapatkan khidmat nasihat kami untuk penjelasan lebih lanjut.

Close Menu